Sunday, 2 December 2012

Mari kita mengenali Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum...
Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.

Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat :                                                                                                                                           Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat :
63 tahun.

Nama isteri-isteri :

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As)
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :

Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.

Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.

Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran :
Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran :
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran :
Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.

Sunday, 15 July 2012

Welcome Back Ramadan !

Assalamualaikum... 


Berbekalkan semangat Ramadan yang tinggi ceq gagahkan diri untuk menaip entry terbaru ni lepas ceq biarkan blog 'comel' ni bersawang sekian lama. Rindu menaip bukan kepalang lepas ceq perahkan otak memikirkan entry ape yang patut ceq tulis untuk mengisi masa lapang. 

Entah ape jadi pada ceq hari ni, tengah asyik layan citer hindustan kat astro tetibe je terfikir nak buat kuih koci, mengidam agaknye, daripada ceq kempunan baik ceq masak sendiri, lepas puas memproses dapur akhirnya jumpa segala bahan-bahan nak buat kuih koci, ape lagi, ceq pun mintak izin mak, yelah ape-ape pun sape yang boleh tolong ceq mesen kelapa kalau bukan mak, bukan ape, ceq boleh je nak mesen tapi mak mesti tak bagi punye, takot jari anak die ni hilang, turun harga nanti...hehehe gurau-gurau... Mase ceq tengah menaip ni ceq tak sempat lagi merasa kuih koci tu sebab mak kata panas lagi, biar sejuk dulu baru boleh telan.

Waktu kat rumah nilah ceq boleh masak macam-macam, hari tu ceq masak onde-onde @ buah melaka. First time buat kira ok lah sebab jadi la jugak tapi kurang manis sebab takdak gula melaka, cuma ada gula merah. Tapi habis jugak buah melaka tu, ceq yang habiskan...hehehe. Hari tu ayah belikan ketam suruh ceq masak, mana lah ceq tau masak ketam, ketam pun jarang-jarang makan sebab ceq tak berapa minat sangat dengan seafood tapi kalau dah depan mata ceq sentai jugak. Berbekalkan semangat yang tinggi ceq pun memproses ketam tu tanpa bantuan mak, bile dah siap basuh baru ceq tunjuk kat mak, mak kata betul la cara ceq potong, dalam hati rase bangga la gak...hehehe. Ketam tu ceq buat masak bercili ala-ala Chef Wan sebab ceq still ingat macam mana cara die masak ketam. Pehhh abang kata sedap sampai die meratah ketam tu, selalu aku tengok orang meratah ayam or ikan...hehehe, takpe, ceq suka orang makan masakan ceq.

Okeylah jom citer pasal Ramadan pulak, Ya Allah bestnye Ramadan kali ni, tak tau kenapa maybe sebab tahun ni ceq dapat rase puasa pertama, insyaAllah. Tahun lepas kempunan puasa pertama tak dapat, puasa akhir pun tak dapat gak, nasib-nasib... tapi ceq reda je. Biarlah Ramadan kali ni Ramadan yang terindah, sape tau Ramadan kali ni yang terakhir. Waktu nilah masanya untuk kita perbanyakkan ibadat dan doa. Banyakkan bersabar, banyakkan berzikir...InsyaAllah. Biarlah terjadinya perubahan ke arah kebaikkan ke atas diri kita. Biarlah kita jadi 'bekas' orang jahat daripada jadi 'bekas' orang baik. Sebab orang jahat tak semestinya selamanye jahat dan begitu jugak sebaliknya. Okeylah nanti ceq rajin-rajinkan diri menaip lagi, hilang pulak idea-idea nak taip.

       

Wednesday, 2 May 2012

Jenjalan !

Assalamualaikum...


Alhamdulillah semalam dapat luangkan masa dengan kengkawan keluar Kuantan and then pegi makan-makan and tengok wayang kat ECM. Kteowang makan tengahari kat Black Canyon Coffee, first time sebenaqnya makan kat situ, saje nak cuba. Memang sedap tapi macam mahal sikit bagi student macam kteowang ni... hihihihi      

Ni ape yang membe ceq makan, sedap ayam tuh...

Ni membe ceq yang sowang ag tu makan...

Ha !!! Ni barulah ape yang ceq makan, pedas la jugak tapi sedap...
Lepas makan kteowang jenjalan jap and then layan cinema, kteowang tengok citer The Avengers, pehhh mantap citer nih... best and kelakar pun ade gak... sangat-sangat chill semalam then kteowang sempat singgah ke Berjaya Mega Mall semata-mata nak beli chocolate blog kegemaran ceq...

Best sangat-sangat !!!

Oklah hangpa, meleleh ayaq lioq ceq mase tengah wat entri ni, ceq tengah lapaq ni! malam karang baru nak pegi cari makan. Dah order dah, ceq order kuew teow goreng mamak, mantap sehhhhh... K lah bye bye korang, komen jangan tak komen :)

Thursday, 26 April 2012

UMP Pekan !

Assalamualaikum...

Jom usha-usha universiti ceq yang indah lagi permai ni. Kalau rajin jemputlah datang melawat sini, best wow... hahaha promote sikit. Kepada adik-adik yang baru habis matrikulasi ke, poli ke, STPM ke, diploma ke or SPM jemput-jemput lah datang untuk sambung belajar kat sini. Kami menyediakan tiga course utama di kampus Pekan ni. Antaranya adalah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal & of course la Kejuruteraan Pembuatan. 

 Jom tengok picture-picture kat bawah ni yang ceq snap gune phone Samsung ceq yang murah tu, seriously I love langit UMP Pekan yang biru ni.

Really like this picture :)

Waktu senja :)

Ape-ape pun boleh :)

Langit yang luas :)

UMP Pekan mempunyai langit biru yang sangat luas dan cantek pada waktu senja, seronok bila dapat jogging waktu petang sambil-sambil dongak langit. Oklah hangpa, bye bye... :)

Wednesday, 18 April 2012

Bakal-bakal Jurutera ?

Assalamualaikum... 

Rajin ceq update blog malam-malam ni. Rajin kan? Hahaha perasan tahap gaban. Nampak tajuk tu, macam best je kan. Kengkawan bloggerku semua, doakan ceq dan kawan-kawan ceq jadi engineer yang berjaya ye walaupun kadang-kadang kami ni banyak main-main dalam kelas, buktinye picture kat bawah ni... Macam-macam lah budak-budak zaman sekarang ni... hihihi. Tau tak ni kat mane? Nilah UMP Pekan punye machining lab. Tau tak UMP tu ape? Bengang jugak ramai yang tanye UMP tu apa ble diowang tanye kite study kat mane. UMP tu mean Universiti Malaysia Pahang ok hangpa na.

With Ir Izat

With Ir Aida

Main-main je lebih... hihihi

Future engineer :)
Doakan kejayaan kami ye kawan-kawan, semoga kami semua dapat menjadi jurutera yang berjaya. Insya'Allah kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang tekun so keep it up Cik Yuyu, study hard and smart di samping doa yang tidak pernah putus-putus... Amin Ya Rab :)

Monday, 16 April 2012

Anak Sedara Ceq.

Assalamualaikum...

Ceq nak kasi hangpa tengok ni lah anak sedara ceq yang paling muda dan cute. Umur baru 3 bulan, comel kan? Hehehe, tembam sangat-sangat yang membuatkan ceq nak gigit-gigit je pipi die padahal pipi ceq pun tembam jugak waktu baby dulu tapi sekarang pun still tembam. Apakah???

Aisyah baru nak bangun tido

Aisyah mengantok la maksu

Aisyah beri senyuman paling menawan

Aisyah tau tak? Maksu sayang Aisyah sangat-sangat, emmuahhh sayang Aisyah. Nanti jumpaAisyah maksu nak cium-cium pipi Aisyah puas-puas, Maksu rindu Aisyah dengan mak Aisyah :)