Thursday, 26 April 2012

UMP Pekan !

Assalamualaikum...

Jom usha-usha universiti ceq yang indah lagi permai ni. Kalau rajin jemputlah datang melawat sini, best wow... hahaha promote sikit. Kepada adik-adik yang baru habis matrikulasi ke, poli ke, STPM ke, diploma ke or SPM jemput-jemput lah datang untuk sambung belajar kat sini. Kami menyediakan tiga course utama di kampus Pekan ni. Antaranya adalah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal & of course la Kejuruteraan Pembuatan. 

 Jom tengok picture-picture kat bawah ni yang ceq snap gune phone Samsung ceq yang murah tu, seriously I love langit UMP Pekan yang biru ni.

Really like this picture :)

Waktu senja :)

Ape-ape pun boleh :)

Langit yang luas :)

UMP Pekan mempunyai langit biru yang sangat luas dan cantek pada waktu senja, seronok bila dapat jogging waktu petang sambil-sambil dongak langit. Oklah hangpa, bye bye... :)

Wednesday, 18 April 2012

Bakal-bakal Jurutera ?

Assalamualaikum... 

Rajin ceq update blog malam-malam ni. Rajin kan? Hahaha perasan tahap gaban. Nampak tajuk tu, macam best je kan. Kengkawan bloggerku semua, doakan ceq dan kawan-kawan ceq jadi engineer yang berjaya ye walaupun kadang-kadang kami ni banyak main-main dalam kelas, buktinye picture kat bawah ni... Macam-macam lah budak-budak zaman sekarang ni... hihihi. Tau tak ni kat mane? Nilah UMP Pekan punye machining lab. Tau tak UMP tu ape? Bengang jugak ramai yang tanye UMP tu apa ble diowang tanye kite study kat mane. UMP tu mean Universiti Malaysia Pahang ok hangpa na.

With Ir Izat

With Ir Aida

Main-main je lebih... hihihi

Future engineer :)
Doakan kejayaan kami ye kawan-kawan, semoga kami semua dapat menjadi jurutera yang berjaya. Insya'Allah kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang tekun so keep it up Cik Yuyu, study hard and smart di samping doa yang tidak pernah putus-putus... Amin Ya Rab :)

Monday, 16 April 2012

Anak Sedara Ceq.

Assalamualaikum...

Ceq nak kasi hangpa tengok ni lah anak sedara ceq yang paling muda dan cute. Umur baru 3 bulan, comel kan? Hehehe, tembam sangat-sangat yang membuatkan ceq nak gigit-gigit je pipi die padahal pipi ceq pun tembam jugak waktu baby dulu tapi sekarang pun still tembam. Apakah???

Aisyah baru nak bangun tido

Aisyah mengantok la maksu

Aisyah beri senyuman paling menawan

Aisyah tau tak? Maksu sayang Aisyah sangat-sangat, emmuahhh sayang Aisyah. Nanti jumpaAisyah maksu nak cium-cium pipi Aisyah puas-puas, Maksu rindu Aisyah dengan mak Aisyah :)