Saturday, 6 July 2013

Ayam Goreng Tepung Gandum.

Assalamualaikum...

Ceq peminat setia ayam goreng terutamanya ayam goreng tepung yang rangup macam kat KFC tu, kalau makan kat KFC ceq selalu pesan yang spicy sebab ayam dia lagi rangup berbanding ayam goreng yang original.

So, semalam untuk lunch ceq masak simple-simple ja. Tak tau dah nak masak apa. Ada ayam, ikan dengan sayoq ja dalam peti aih. So ceq masak ayam goreng tepung, selalu orang guna tepung goreng ayam tu kalau nak buat ayam goreng tepung kan? Tapi ceq selalu guna tepung gandum ja, sedap jugak dan rangup. Kalau hangpa tak percaya try la buat sendiri. 

Tapi sebelum lumoq tepung kat ayam tu hangpa gaul dengan kunyit, serbuk kari dengan garam, biaq kejap bagi dia meresap dalam ayam then baru lumoq tepung. Pastu goreng dalam minyak yang betoi-betoi panaih. Goreng sampai keperangan dan garing. Dah siap!

Ayam goreng tepung gandum.

Sayoq pon penting jugak.

Hangpa-hangpa boleh la try kalau tetiba rasa nak makan ayam goreng pastu kat dapoq cuma ada tepung gandum. Sedap weh... Sekian...

No comments: