Wednesday, 10 July 2013

Udang Galah !

Assalamualaikum...

Semalam ayah ceq pi sungai tangkap ikan sungai, memang hobi ayah dari dulu lagi pi sungai ataupun laut. Dia rasa puaih kalo dapat bawak balik ikan untuk kami sekeluarga makan sama-sama. Semalam kira bertuah lah jugak sebab ayah dapat udang galah, tapi sekoq ja. Alah sekurang-kurangnya terubat jugak rindu ceq nak makan udang galah, lama gila kot tak makan udang galah!

Besaq dia boleh lah tahan untuk kami 4 orang makan.

Tapi mak cakap macam tak cukop ja, so mak beli udang, boleh makan untuk soq nanti jugak... Haihhh tak sabaq nak posa esok. So ceq masak tengahari udang galah campoq sekali udang yang mak beli tu.

Macam ibu dengan anak-anak dia pulak...

Lepaih mak bersihkan udang-udang tu so ceq pon masak lah depa, ceq masak masam manis, pehhh campoq sekali dengan cili hijau bagi kaler dia cantek sikit, kalau merah ja tak best gak, nak kena ada hijau jugak bagi lagi terlioq bila tengok...

Dok tunggu depa masak, tak sabaq nak baham.

Masak udang tu jangan lama sangat nanti depa jadi keraih. Bagi cili tu masak baru isi udang then dalam 5 ke 10 minit dah boleh angkat pastu makan dengan nasi panaih-panaih... Pehhhh meletop!

Siap dihidang.

Udang galah tu kena potong kecik-kecik sebab ada sekoq ja, biaq semua orang boleh rasa sama-sama. Last ceq masak tengahari, lepaih ni sebulan masak untuk soq pulak, insyaAllah semoga dapat bangun masak untuk famili tercinta! Sekian...

6 comments:

Cik Kechik said...

yummy !!! nak try utk berbuke esok..tp udang tak galah la..hehe

Cik YuYu said...

hihi ... udang biasa pun sodap jgk ... hoho :D

Tetamu Istimewa said...

Ni yang jeles ni. Sedap! hahahahaha... nak juga.

Cik YuYu said...

hehe jgn la jeles2, sok try cri kt bzar :)

zeeraLiLy said...

ai suke gila lauh udang... dap nye..
btw, blogwalking.. jmput ke tmpt i k..

Cik YuYu said...

hehe tq dear :)