Thursday, 11 July 2013

Hari Kedua Bukak Posa.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah menjalani ibadah posa untuk hari kedua. Hari ni ceq masak dua jenih kuih je, samosa ayam dengan buah melaka. Buah melaka tu boleh pulak kaler purple... Hehehe saja ja nak bagi sama kaler dengan blog nih. Ceq guna pati anggoq nak bagi kaler dia jadi purple. Pelik-pelik... -_-" Tapi rasa asai buah melaka tu tak hilang la cuma ada bau-bau anggoq sikit. Ceq memang suka ubah-ubah resepi sebab dulu waktu kat sekolah dengan kat matrik kan selalu dok buat eksperimen, so ceq try lah buat eksperimen untuk makanan pulak... Hehehe...

Untuk samosa ayam pulak ceq buat sikit ja sebab kulit popia tinggai sikit lepaih tu kulit popia tu dah jadi keraih sikit so bentuk samosa tu tak cantek sangat macam yang selalu ceq buat tapi yang penting inti dia tu sedap... terpuji diri sendiri pulak... -_-" Hehehe... Ceq guna ubi keledek dengan ayam untuk inti samosa tu. Lepaih tu inti tu ada lebih sikit so ceq uli tepung buat karipap empat ketoi, cukop untuk kami empat orang sekeluarga.

Buah melaka anggoq.

Samosa ayam.

Roti john dengan cucoq udang tu abang ceq yang beli kat bazar.

Ni jela menu bukak posa tadi, ceq ada masak gulai ikan kayu campoq terong, satgi kalau lapaq boleh la makan nasi pulak, lepaih tu gulai tu boleh makan untuk soq nanti jugak. Sekian...

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Sedaplah. Selalunya saya tengok dan makan buah melaka warna hijau ja. Hari ini warna purpel ya. Transformasi.

Rohayu Md Isa said...

hihi kita kena lah kreatif cikgu ... hehe

Hydrangeas Blooms said...

Ayu, lain kali warna pink pulak yaa. haha

Rohayu Md Isa said...

Laa kaler pink dah penah buat la ... pi cari kat entri2 yang lama ... hehe