Monday, 15 July 2013

Hari Keenam Soq.

Assalamualaikum...

Nak update entri tapi ngantok, tapi nak update jugak walaupon masak untuk soq ni tak seberapa sangat. Yelah mana tak nya kunci jam pukoi 3, lepaih tu jam pon bunyi la pukoi 3 paih tu ceq biaq jap, then bunyi lagi pukoi 3:05, biaq lagi, paih tu bunyi lagi pukoi 3:10, biaq lagi, paih tu bunyi lagi pukoi 3:15, biaqqqq lagiii... Tadaaaaa! Pukoi 3:45! Kelam kabut bangkit tidoq... Semua oqang kat qumah tak bangkit tidoq lagi. So ceq settle kan masak ayaq panaih dengan nasi. 

Ketaq-ketaq tunggu nasi dengan ayaq panaih masak, lambat betoi! Kat bawah tudung saji memang dah takdak lauk apa-apa dah. Lepaih ayaq masak, baru dapat goreng ikan. Ikan pulak lambat masak. Tunggu ikan masak jap. Lepaih tu baru masak ayam masak kicap. Tu pon sebab dah tak tau nak masak apa. Nak kena masak benda yang berkuah, so, tu jelah yang terlintas dalam fikiran. Masa pon dah takdak nak masak yang advance-advance.

Ayam masak kicap.

Ikan goreng.

Alhamdulillah sempat soq pukoi 4:45 pagi, nasib baik sempat jugak masak kalau tak, kesian kat famili ceq. Sekian...

2 comments:

zulhilmi tempoyak said...

awl beno bgn...

bgos2... ramai dok merisik ni.. hehe

Rohayu Md Isa said...

awal ke? hehe merisik lah sgt -_-"