Friday, 5 July 2013

Mi Cintan Kari.


Assalamualaikum...


Hai apa kena pulak dengan mi cintan kari kan? Hehe... Saja-saja ja lah, petang semalam kan hujan so bila dah hujan nih teringin lah nak makan masakan panas. Ayah tetiba pulak teringin makan maggi kari. Tapi kat dapoq mana ada maggi kari, mi cintan kari ada la.

Yelah orang sekarang apa-apa jenis mi segera pun nak panggil maggi, hehehe... Tu termasuklah ayah ceq, mi cintan pun panggil maggi. So ceq pun tolonglah masakkan... Tapi kan ceq tak boleh lah kalau masak sekadar bubuh ayaq panaih. Mesti nak kena masak meletop punya. Kebetulan kat dalam peti ada teloq ayam kampong, sayoq sawi dengan ayam. So memang wajib bubuh lah semua bahan-bahan tu dalam mi cintan kari nih... So this is it...

Mi cinta kari.

Tapi sebelum tu ceq ada buat choq keria lagi sebab ada lagi dua ketoi ubi keledek kat dapoq. Mula-mula buat hari tu rasanya tak berapa jadi sebab tepung kurang so dia jadi lembik sikit. So, ceq learnt from mistake and try buat balik, kali ni tambah tepung gandum bagi banyak sikit. Then jadi... Abang cakap mcam tu barulah jadi. Ramai gak suh ceq berniaga waktu bulan posa nanti. Hurmmm buat makan sendiri boleh lah, nak berniaga takot tak layak lagi ja... Hehehe...

Choq keria versi chef yuyu.

Barulah nampak macam selera sikit choq keria ni, sebab kali ni lagi berisi and kurang berminyak pastu ceq dah tak buat gula sira sebab nanti dia macam melekit-lekit, ceq buat gula macam bubuh kat donat tu ja, lagi sedap... Hehehe... Sekian...

2 comments:

Waalid Al-Marbawi said...

salam ziarah..waahh..meriah dengan makanan blog nih..makruh masuk sini time puasa..haha..waktu malam ok..

membalas kunjungan sambil folo sini..=)

Cik YuYu said...

haha ... eh waktu posa pun dtg la singgah ... mlm pon xpa lah ... hehe