Tuesday, 2 July 2013

Perempuan Nak Jadi Chef ???

Assalamualaikum...

Tak salah kan kalau ceq nak jadi tukang masak bukan sekadar kat rumah tapi kalau bolah nak jadikan kerjaya jugak... Yelah kadang-kadang bila si perempuan cakap nak jadi tukang masak mesti ada yang pertikaikan, yelah nanti mesti kena angkat kuali la, periuk la, maklumlah semua benda-benda tu berat-berat belaka.

Actually for me lah kan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih lah kan... I don't know why, tapi memasak merupakan sebahagian daripada hidup ceq. Mungkin sebab dari kecik lagi mak dah ajaq yang anak perempuan kena pandai masak, kena dok kat corok dapoq. Sebab kawen nanti senang, laki tak lari makan kat kedai. Mula-mula dulu memang lah leceh nak buat semua benda kat dapoq tu tapi lama- kelamaan mak bagi kepercayaan kat ceq untuk masak makanan penting ataupun makanan utama. Dulu-dulu masak side dish je... Then benda-benda nih dah jadi kebiasaan dan kesukaan atau pun lebih dikenali sebagai hobi untuk ceq.

So, bila orang tanya ceq apa hobi hang, memasak lah apa lagi, pastu mula lah cakap untung laki hang nanti... Memang lah untung kan, sapa taknak bini pandai masak. Tapi ceq masak bukan nak cari laki kot, tapi tu life ceq.

So, orang cakap orang pompuan susah nak jadi tukang masak kan sebab nak kena angkat benda-benda berat lah, benda-benda tu tak jadi masalah pun bagi ceq sebab ceq kan student engineering, handle benda-benda tough ni dah jadi kebiasaan dah bagi ceq. Ceq dah hadap pelbagai masalah-masalah dan saat-saat kritikal sebagai pelajar kejuruteraan so cooking is my thing, it is kacang for me lah..! Hehehe sekian...

No comments: