Tuesday, 30 July 2013

Popia Daging Mayonis.

Assalamualaikum...

Tudiaa! Dia buat dah reka resepi bukan-bukan, hehe tapi yang penting rasa dia tak menghampakan. Actually macam ni, ceq tak tao nak buat apa untuk juadah berbuka tadi. Lepaih tu kat bawah tudong saji still ada daging goreng lebih daripada makan soq pagi tadi, daripada membaziaq sejuk macam tu ja, so ceq ambik keputusan nak potong kecik-kecik then campoq dengan kobih. Sebab dalam peti ada kobih ja, lagi satu tu sayoq apa tah macam tak sesuai pulak nak buat inti popia.

Then ceq nampak ada sebungkuih lagi mayonis ada dalam peti lebih daripada buat beger hari tu. So, ceq terpikiaq nak campoq sekali then buat ja inti popia.

Simple ja kan?

Campoq semua sekali, buboh garam dengan gula secubit sudah lah.

Okay ceq balut burok sikit, ceq lagi suka balut samosa.

Siap lah! Saja potong, burok lah pulak pi potong macam tu, nak tengok inti sebenaqnya...Hehe, cicah dengan sos kepok lekor.

Tadi ceq ada tolong abang ceq edit blog dia, habih semua ceq tukaq. Blog ni blog Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arsyad. Abang ceq peminat setia Sudirman. Blog ni penah ditayangkan di RTM dan abang ceq pernah ditemuramah oleh wartawan RTM, so depa datang qumah ceq la untuk temuramah abang ceq. Sayangnya ceq takdak waktu tu...Hehehe...

Abang ceq pun rapat dengan ahli keluarga Allahyarham Sudirman terutama kakak arwah, dah macam anak angkat dah katanya. Selalu jugak abang ceq berkunjung ke qumah keluarga arwah. So, kalau hangpa nak usha-usha then nak follow blog dia, ni ha lepaih ceq dah edit, tekan sini [link]... Sekian...

Semua maklumat tentang Allahyarham Sudirman boleh didapati di sini.

2 comments:

shark said...

rajin bebenor chef sorg ni masak...

Cik YuYu said...

hehe biase lah name pun chef ... chef lah sgt kan ... hehe