Tuesday, 2 July 2013

Resepi Bubur Cha Cha.

Assalamualaikum...

Okay resepi bubur cha cha yang ceq masak ni senang je nak buat... Masa yang di ambik pun tak lama. Tak lupa jugak resepi ni senang tapi sedap... sesuai jugak dibuat untuk juadah berbuka bulan Ramadan tak lama lagi. So this is it...

Bahan-bahan:

- Tepung pulut (setengah paket)
- Air (setengah cawan)
- Perwarna (guna sirap je, sesudu teh)
- Gula pasir (5 susu teh)
- Gula merah (bubuh sampai warna jadi coklat)
- Garam (secubit, untuk melemakkan santan)
- Santan (sebiji kelapa)

Cara-cara:

Uli tepung pulut dengan air sehingga menjadi doh, termasuklah masukkan sekali perwarna supaya doh menjadi lebih cantik dengan warna-warna yang pelbagai. Tak kisah lah nak warna apa pun kan. Selepas siap diuli, buat bulat-bulat kecik dan tekan menjadi leper. Buat sehingga habis.

Untuk kuahnya pulak, masukkan santan ke dalam kuali, kemudian masukkan gula pasir, gula merah dan garam, masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan doh tepung pulut yang dibentuk bulat-bulat leper tadi. Masak sehingga tepung tadi timbul dan santan mendidih... Siap !

My bubur cha cha.

Actually kan, ceq tak suka ikut sukatan, ceq lebih suka pakai bubuh ja, biaq lidah je rasa benda tu ok ke tak, so selamat mencuba !

No comments: