Wednesday, 14 August 2013

Kahwin Muda. Bersediakah?

Assalamualaikum...

Ada something yang ceq nak share kepada semua pembaca blog ni, yang ceq terbaca waktu tengah layan facebook kejap tadi... Something yang ceq rasa berguna untuk diri ceq dan semua. Baca sampai habih tao. Boleh jugak kalau nak share...

Oh sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat saya yang bertanya, "Doktor rasa sesuai tak kahwin masa muda tengah belajar?" Jawapan doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin muda masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta kahwin itu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah ke mana, solatnya di hujung waktu, tentunya saya tak bagi."

"Why?" Soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah, tak bersedia la tu."

Tapi jawapan doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kahwin, what do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik, saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.

Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan DR dari kami.

"Lepas ni bila U all kahwin, ada isteri/suami, then suami/isteri U all buat masalah/sakit. Benda pertama yang U all kena buat adalah solat taubat, sebab dosa kita, boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya.

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips DR!

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya...

Bagus kan tip yang doktor tu bagi? Ceq pon ingat nak kawen muda tapi tak ready lagi kot, mak ayah pon tak bagi lagi, nampak sangat ceq suka tengok TV... Hehehe banyak benda lagi nak kena belajaq ni. Jangan risau, Allah akan temukan jodoh kita bila kita betul-betul dah ready, so sabaq ja... Sekian...

7 comments:

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

kalau lelaki macam ceq ni tak sedia lagi kawin muda.... tak mampu nak bagi tempat berlindung hujan panas lagi pada si bakal isteri......

zeera lily said...

suka la tips ni.. betull..kena bnyak muhasabah diri.. n solat taubat.. nk copy utk share pd sumone ye =)

mujahidah maisarah said...

kata2 nih sebijik cam prof muhayya ckp.

Intan Zulhilmi said...

Lengkapkan diri dulu, sediakan diri dulu...insyaAllah jodoh yg baik akn tiba...psst...akak pn kawen muda, masa umur 22...hehe...

Cik Mun said...

betul tu..lengkapkan diri dulu..

Eva DaNiaL said...

hyep .... best ooo kawen muda ...
^_^ .....
evadanial.blogspot.com

Tetamu Istimewa said...

Perlu fikir masak-masak dan rancang betul-betul. Pastikan sudah bersedia dari fizikal dan mental baru boleh buat keputusan yang terbaik. Jangan ikutkan nafsu.