Tuesday, 6 August 2013

Ketupat Palas.

Assalamualaikum...

Hari ni mak ceq dah buat ketupat palas. Awai kan? Sebab esok takot busy sangat, buat hari ni then simpan dalam peti sejuk. Esok petang baru masak ketupat tu, so, bukak posa esok bolehlah makan ketupat.

Mak selalu masak kari daging, bukan selalu, memang tiap-tiap tahun mak buat kari daging untuk makan dengan ketupat tu. Raya kedua pulak mak selalu buat bihun sup sebab ayah beli tulang-tulang lembu so better buat sup.

Ayah ceq pulak selalu cari sendiri daun palas tu, bukan untuk kegunaan sendiri ja, tapi ayah juai jugak, satu ikat daun palas ada sepuluh batang, RM3 ja. Dulu ayah jual RM2 tapi mak kata murah sangat, yelah penat ayah cari, bulan posa pulak tu, minyak kereta lagi. So, ok lah RM3 kan. Susah payah ayah cari...

Daun palas yang dibentuk.

Pulot ketupat, satu talam.

Dah siap balut ketupat.

Ketupat palas.

Di kesempatan ni, ceq nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir, batin takdak kot... Hehehe, maaf kalau ada tersalah post, terlajak taip... Mohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan ceq yang maybe ada singgah blog ni dan terbaca entri ni, ceq mintak maaf kalau terlebih gurau, terlajak kata or terasa dengan ceq, kalau ada, maafkan ceq na... Kalau sudi datanglah raya qumah ceq... Sekian...

5 comments:

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Wan paling suka ketupat. Sekarang susah nak dpt dh kan? Ermmm...tak sabar nk makan byk2 time raya ni...

Azney Shamsuddin said...

tak sabar nak makan ketupatttt..

selamat hari raya :)

Cik YuYu said...

ssh ke nak dpt? ala buat sdiri je ... hihi yuyu tak sbr jugk! selamat hari raya :)

Cik Mun said...

selamat hari raya :)..tokwan mun buat ketupat jgak tahun ni..weeeeeeeee

Cik YuYu said...

selamat hari raya jugak mun ... untungla tokwan die buat ketupat ... ngeee :D