Friday, 30 August 2013

Resepi Ayam Masak Merah Simple Punya !

Assalamualaikum...

Pehh simple sangat ka? Tadi ceq dok pikiaq-pikiaq nak masak apa lah tengahari ni, ayam ada, selalu dok masak kari dengan goreng ja. Nak kelainan lah sikit hari ni. Try lah google ayam masak... than keluaq lah ayam masak merah. Tapi pening lah kalau banyak sangat bahan, so ceq usha sikit-sikit then buat jelah resepi sendiri, jadilah jugak... Hehehe...

Ceq selalu macam tu, tengok resepi tapi last-last buat guna cara sendiri, kadang-kadang jadi, kadang-kadang sangat menjadi then kadang-kadang tak jadi langsung... Hehehe... Ceq sebenaqnya tak suka sangat ikut sukatan kalau masakan biasa ni tapi kalau kek ka, kuih ka kenalah ikut sukatan satgi tak jadi pulak.

Okay untuk ayam masak merah ni, ceq guna ayam dua tiga ketoi, kunyit, asam keping yang paling kecik sebab tak mau dia masam sangat, cili kering yang dikisaq, bawang putih dengan bawang merah, kisaq sekali dengan cili kering tu, bawang besaq dipotong kasaq, halia potong nipis-nipis, sos cili, minyak masak, gula dan garam. Hahaha tu jelah, simple sangat nak habaq mai!

Cara-cara nak masak pulak, mula-mula goreng dulu ayam, tapi jangan lupa lumoq ayam tu dengan kunyit dan garam sikit. Goreng separuh masak ja. Then angkat. Dalam kuali dan minyak yang sama tumis cili kisaq yang dicampoq dengan bawang putih dan merah tu. Lepaih tu masukkan cili sos, gula, garam, halia dengan asam keping... Biaq sat then baru buboh ayam. Lepaih tu buboh bawang besaq. Kalau nak berkuah sikit boleh isi ayaq sikit. Then tunggu lah sampai dia masak then angkat. Kalau nak lagi cantik waktu hidang tu, hias dengan daun sup. 

Ayam masak merah versi Yuyu...

Makan pulak dengan papadom, memang mantop! Papadom ni beli yang dah siap bungkuih tu, nak buat sendiri memang tak la kan... Tak belajaq lagi... Hehehe... Sekian...

Papadom rangup !

20 comments:

Liza Licha said...

npk sdp tu. hehe.. dh follow awk ye.


http://lilylicha.blogspot.com/2013/08/review-red-pomegranate-l-glutathione.html

Cik YuYu said...

HIHI TQ awk :)

Shuhaida Subri said...

Nampak cam sedap.. cam nak try la. sebab simple sangat. Hehehehe..

By the way? Chek orang kedah ka?
Hehehe

Jom melawat blog akat kat Shuhaida's Shop

Cik YuYu said...

try la kak ... senang ja ... ceq oqang phg tp mak ayah ceq kedah ... tu yg jdi lagu tu ... hiihi

Sheila Eiman said...

pergghh, terliur tengok.. sedapnye...

Shuhaida Subri said...

Aik.. Mak ayah org kedah.. Tapi jadi orang pahang lak.. beranak kat sana ka? Hahahha.. kedah tang mana?

Cik YuYu said...

@sheila eiman kalau tlioq try lah buat hihi

Cik YuYu said...

@shuhaida subri ... sebb ceq lahir kat pahang, sekarang pon tinggai kat pahang tp longat kedah mak ayah tak penah tinggai ... hihi kedah tang aloq staq hihi

Cik Mun said...

sedapnyeeeeeeee

akmaL said...

rindu papadom tu..mana la nak cari bende tu kat tmpt sy kan >.<

Cik YuYu said...

@cik mun mekasih hihi

Cik YuYu said...

@akmal ... alolo cian lak ... suroh famili pos ... jauh benor nak pos ke jepun hik3

Kitty Hollistyle said...

Yummy...........

Toko Baju Online

Cik YuYu said...

hihi :)

Cik Itah@Rama Rama Pendek said...

Yuyu ni mesti suka masak kan ..huhu tak rugi suami yuyu nanti hehe :P

Cik YuYu said...

aah hobi yuyu ,,, insyaAllah mudah2an btambah2 rajin masak bila dah kawin nanti ... hihi

Tetamu Istimewa said...

Memang terliuq tengok ayam masak merah tu.

mujahidah maisarah said...

senangkan masak merah nih

luqman zakaria said...

bestnye pandai masak..yummeh tuh ayam masak merah! heehe

Cik YuYu said...

@cikgu hihi ... gulppp ... @iqa senang je , boleh buat selalu hihi @luqman pandai masak tak ? hihi yuyu mmg suke mmasak :)