Friday, 20 September 2013

Rindu.

Assalamualaikum...

Sob sob sob... Entri sedih sikit kali nih. Lama jugak tak update sebab tak tau nak update apa. Kali ni nak update pasai rindu, rindu my little one, Uteh sayang. Uteh ni my little kitten yang abang ceq bagi. Ada sekoq ibu kucing tumpang beranak kat qumah dia, tu yang dia bagi sekoq anak kucing tu. Mak tak bagi bela dah sebenaqnya sebab kat qumah ceq pun dah banyak kucing tapi semua dah besaq-besaq. 

Ceq bosan lah dok qumah, dah la bongsu. Nasib dapat jugak bela anak kucing. Tapi sayangnya waktu tengah berkasih sayang and bermanja-manja, terpaksa tinggai jugak sebab cuti semester dah habih. Tau tak betapa rindunya ceq kat Uteh, taip entri ni pon sambil mengalir air mata ='(

Rindu yang tak boleh dibendung lagi, rasa macam nak balik tengok Uteh sekarang jugak! Tapi tak dapat balik lagi, nak kena tunggu raya haji nanti baru boleh balik pelok and cium Uteh kuat-kuat.

Uteh is like my own child. Ceq bahasakan diri dengan Uteh pon mak, mungkin naluri ibu tu dah ada kot... Hehehe... Banyak gelagat Uteh yang banyak buat ceq tersenyum riang, kadang-kadang tergelak, gelagat anak kucing kan, mestilah comel.





Hmmm rindu-rindu *sambil kesat air mata... Nanti mak balik ye sayang, tunggu tau... Sekian...

4 comments:

Liza Licha said...

comel nya kucing.. :) i tak minat sgt sebab bulu dia.. nanti melekat kat tapak tangan

siti zahara said...

Mestila rindu ..kita pun dah rapat dengan si comel tu..mesti nagislah..

EMYR ASHRAFF said...

Alaa... Comelnyaa.. :D

Leelee said...

eh, dah buleh kawen tuu :P