Wednesday, 31 July 2013

Second Blog Header by Yuyu.

Assalamualaikum...

Okay ceq rajin pulak buatkan header untuk oqang na sekarang nih. Ceq tak kisah pun sebab ceq minat, kalau tak minat jangan harap lah kan, so ceq ada buatkan header untuk blog shark punya cerita

Tak lawa mana pon shark na, ceq seronok buat ni, tak kisah lah shark nak guna ka tak nak, just nak tunjuk contoh kalau ceq design header untuk blog shark. Kalau nak, ambik jelah just ubah ukuran...

1

2

3

4

5

6

7

8

Ikan jerung tu ceq lukih sendiri, sori kalau burok na... tapi seronok tengok jerung tu sengih... Kalau ada apa-apa yang nak tukaq just bagitao, kalau tulisan tak jelaih ka, kecik sangat ka, habaq lah na, tak lupa jugak kalau ada sapa-sapa nak suroh ceq buatkan header ceq sudi, no charge... Sekian...

Tuesday, 30 July 2013

Popia Daging Mayonis.

Assalamualaikum...

Tudiaa! Dia buat dah reka resepi bukan-bukan, hehe tapi yang penting rasa dia tak menghampakan. Actually macam ni, ceq tak tao nak buat apa untuk juadah berbuka tadi. Lepaih tu kat bawah tudong saji still ada daging goreng lebih daripada makan soq pagi tadi, daripada membaziaq sejuk macam tu ja, so ceq ambik keputusan nak potong kecik-kecik then campoq dengan kobih. Sebab dalam peti ada kobih ja, lagi satu tu sayoq apa tah macam tak sesuai pulak nak buat inti popia.

Then ceq nampak ada sebungkuih lagi mayonis ada dalam peti lebih daripada buat beger hari tu. So, ceq terpikiaq nak campoq sekali then buat ja inti popia.

Simple ja kan?

Campoq semua sekali, buboh garam dengan gula secubit sudah lah.

Okay ceq balut burok sikit, ceq lagi suka balut samosa.

Siap lah! Saja potong, burok lah pulak pi potong macam tu, nak tengok inti sebenaqnya...Hehe, cicah dengan sos kepok lekor.

Tadi ceq ada tolong abang ceq edit blog dia, habih semua ceq tukaq. Blog ni blog Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arsyad. Abang ceq peminat setia Sudirman. Blog ni penah ditayangkan di RTM dan abang ceq pernah ditemuramah oleh wartawan RTM, so depa datang qumah ceq la untuk temuramah abang ceq. Sayangnya ceq takdak waktu tu...Hehehe...

Abang ceq pun rapat dengan ahli keluarga Allahyarham Sudirman terutama kakak arwah, dah macam anak angkat dah katanya. Selalu jugak abang ceq berkunjung ke qumah keluarga arwah. So, kalau hangpa nak usha-usha then nak follow blog dia, ni ha lepaih ceq dah edit, tekan sini [link]... Sekian...

Semua maklumat tentang Allahyarham Sudirman boleh didapati di sini.

Monday, 29 July 2013

Samosa Cara Yuyu.

Assalamualaikum...

Hari ni ceq nak tunjuk cara-cara ceq buat samosa daging. Dari bahan-bahan sampailah siap goreng samosa. Selain tu ceq ada jugak buat popia pedaih, abang ceq tu lah yang suroh buat, ceq pon tolonglah buat...

Bahan-bahan yang diperlukan tak termasuk garam, gula dengan minyak.

Tumis bawang merah, bawang putih dengan daun kari.

Masukkan serbuk kari setengah paket then masukkan air.

Then masukkan ubi keledek.

Then masukkan daging.

Masukkan garam dengan gula then masak sampai air kering.

Ready nak buat samosa.

Dah siap balut.

Dah siap goreng!

Sebelum goreng popia.

Popia pedaih siap!

Ceq tengok ayah macam suka ja makan samosa tu... Hehehe seronok! Kalau nak tanya apa-apa boleh drop komen or chat pon boleh, ceq sedia menjawab! Sekian...

Kuih Siput.


Assalamualaikum...

Fuhhh lenguh habih aihh tangan-tangan dok uli dengan gentel kuih siput, alang-alang dah ada bahan buat jela buat makan raya nanti kan. Nasib baik posa, kalau tak dah ngap dah kuih siput panaih-panaih tuh... Hehehe...

Dah siap uli... penat kot uli nih... -_-"

Snap dulu sebelom goreng.

Waktu goreng pon snap jugak... Hehehe...

Siap goreng, lepaih tu buboh dalam balang tak bagi masuk angin...

Okay dah siap update entri, nak pi buat kuih untuk bukak posa malam ni pulak, satgi ceq update lagi na... Sekian...

Sunday, 28 July 2013

Apam dan Buboq Lambok.

Assalamualaikum...

Tadi dok tengah layan TV3 tiba-tiba nampak depa buat buboq lambok, apa lagi ceq teringin la, pi dapoq teruih buat... Dasyat tak??? Hehehe... Ceq buat buboq lambok daging. Sebelum tu ada jugak bancoh tepong buat apam. Kena buat awai-awai takot bila kukuih dia tak mau naik...

Sebelom kukuih.

Dah siap kukuih.

Ada yang syorkan buat bentuk love lepaih tu juai.

Buboq lambok versi Yuyu.

Kebetulan abang beli nasi ayam tu yang buboh isi ayam sikit.

Lain-lain menu beli ja. Yang ni ja ceq masak... Dah cukop kenyang dah pon. Alhamdulillah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi... Sekian....

Free Doodle for Aidilfitri.

Assalamualaikum...

Tiba-tiba pulak ceq terlebih rajin nak bagi doodle kepada hangpa-hangpa yang minat doodle. Takdak lah cantek mana tapi kalau sudi ambik lah satu dua buat kenangan... Nak ambik semua pon takpa... Hehehe







Background dia transparent so pandai-pandai hangpa lah nak buat apa pun, janji ceq dapat bagi hangpa happy dengan doodle ceq yang tak seberapa nih. Kalau nak ambik just klik gambaq lepaih tu save as jelah... Sekian...

Saturday, 27 July 2013

Blog Header by Yuyu.

Assalamualaikum...

Apabila kebosanan melanda diri maka terhasillah beberapa karya... Hehehe... Tak tao lah kenapa ceq cepat sangat bosan dengan keadaan blog, lepaih tu mula lah nak edit macam-macam, lama-lama orang dah tak kenai blog ceq, asyik dok ubah sangat. Tapi alamat dengan nama blog still sama. So ni antara karya-karya ceq, pehhh ayat !

Butterflies header.
Love header.

Roses header.

Lips header.

Ladybirds header.

Baru belajaq buat header sendiri so simple-simple ja lah dulu... Nanti baru up sikit, posa-posa ni letih nak hadap laptop... Boleh klik kat gambaq kalau nak tengok lagi besaq, maybe tak berapa jelas sangat sebab background dia transparent... Sekian... -_-"

Friday, 26 July 2013

Kuih Lompang Merah Jambu.

Assalamualaikum...

Ceq baru lepaih siap buat kuih lompang kaler pink. Kaler feveret ceq nak buat macam mana, wajib ada kaler pink... Hehehe. Okay ceq nak cerita sikit lah macam mana ceq buat kuih ni. Mula-mula ceq campoq pati sirap dengan gula dan ayaq. Lepaih tu masak sampai mendidih. Lepaih dah mendidih tutop api then biaq dia sejuk. Kalau buat panaih-panaih nanti dia tak jadi lompang tu.

Okay bila dah sejuk buboh lah tepong beras, uli jangan cayaq sangat, jangan pekat sangat, main agak-agak ja. Lepaih tu bancuh ayaq kapoq, jangan banyak sangat nanti bau kapoq kuat sangat. Lepaih tu campoq ayaq kapoq sekali dengan adunan tepung tu.

Dah siap bancuh tu jangan lupa panaihkan acuan, sediakan ayaq yang mendidih. Lepaih tu boleh lah isi adunan dalam acuan, then tutup, tunggu sampai masak.

Dah siap kukuih.

Nyok tu jangan lupa buboh garam secubit.

Senang ja nak buat kuih nih. Sorilah ceq tak suka buat sukatan nih, pakai buboh and agak-agak ja... Hehehe... Selamat Berbuka Puasa... Sekian...

Idaman Hati.

Assalamualaikum...

Tadi dok tengah-tengah layan facebook tiba-tiba nampak ada orang shared gambaq dapoq ni, excited gila lah ceq. Dah la ceq minat pink, kan best kalau boleh dapat dapoq macam ni, lepaih tu kalau ceq ada restoran sendiri nanti ceq nak kaler pink jugak...

Kalau dapat macam ni janji tak cari lain...haha

Ni pulak ciri-ciri restoran impian ceq, kaler pink... Hummm lawanya... Bila lah impian nak tercapai ye, sabaq-sabaq... rezeki ada kat mana-mana ja, yang penting usaha!

Takdak Hello Kitty pon takpa, nak kaler pink macam ni.

Idaman hati... :)

Comey kan? Ceq suka pink dengan kucing so Hello Kitty tu kira sesuai sangat lah kan? Tapi ceq tak kisah pon kalau takdak Hello Kitty tu tapi yang penting ada ciri-ciri kelembutan dengan vintage untuk restoran ceq nanti. Sekian...

Thursday, 25 July 2013

Kuih Lompang Pandan & Gula Merah.

Assalamualaikum...

Hari ni ceq buat kuih lompang untuk bukak posa sat lagi, ceq buat dua jenih lompang. Yang hijau tu ceq guna pandan, pi ambik pandan kat belakang qumah lepaih tu kisaq ambik ayaq dia, hijau pure pandan lah tuh. Yang lagi satu tu ceq guna gula merah, yang gula merah tu feveret ceq...


Lain-lain menu beli ja, abang ceq beli murtabak dengan ayam golek, ayah ceq pulak beli kuih kacang hijau dengan kuih cara, mak ceq pulak buat choq kodok pisang... Hehehe... Sekian...