Saturday, 31 August 2013

Bihun Sup.

Assalamualaikum...

Hari ni ceq taknak makan nasi, so ceq buat la bihun sup sebab semalam mak ada beli bahan-bahan dia. Bajet nak diet tapi bihun sup penuh mangkuk... Hehehe...

Bihun sup versi Yuyu.

Sup ayam simple ja.

Bahan-bahan add on... Hehehe

Bihun siap celur...
Dulu mak yang selalu buatkan bihun sup, sekarang ceq pulak yang incharge, semua ceq buat sendiri sebab mak dah busy... Hehehe... Nasib baik senang ja nak buat... Sekian...

Friday, 30 August 2013

Resepi Ayam Masak Merah Simple Punya !

Assalamualaikum...

Pehh simple sangat ka? Tadi ceq dok pikiaq-pikiaq nak masak apa lah tengahari ni, ayam ada, selalu dok masak kari dengan goreng ja. Nak kelainan lah sikit hari ni. Try lah google ayam masak... than keluaq lah ayam masak merah. Tapi pening lah kalau banyak sangat bahan, so ceq usha sikit-sikit then buat jelah resepi sendiri, jadilah jugak... Hehehe...

Ceq selalu macam tu, tengok resepi tapi last-last buat guna cara sendiri, kadang-kadang jadi, kadang-kadang sangat menjadi then kadang-kadang tak jadi langsung... Hehehe... Ceq sebenaqnya tak suka sangat ikut sukatan kalau masakan biasa ni tapi kalau kek ka, kuih ka kenalah ikut sukatan satgi tak jadi pulak.

Okay untuk ayam masak merah ni, ceq guna ayam dua tiga ketoi, kunyit, asam keping yang paling kecik sebab tak mau dia masam sangat, cili kering yang dikisaq, bawang putih dengan bawang merah, kisaq sekali dengan cili kering tu, bawang besaq dipotong kasaq, halia potong nipis-nipis, sos cili, minyak masak, gula dan garam. Hahaha tu jelah, simple sangat nak habaq mai!

Cara-cara nak masak pulak, mula-mula goreng dulu ayam, tapi jangan lupa lumoq ayam tu dengan kunyit dan garam sikit. Goreng separuh masak ja. Then angkat. Dalam kuali dan minyak yang sama tumis cili kisaq yang dicampoq dengan bawang putih dan merah tu. Lepaih tu masukkan cili sos, gula, garam, halia dengan asam keping... Biaq sat then baru buboh ayam. Lepaih tu buboh bawang besaq. Kalau nak berkuah sikit boleh isi ayaq sikit. Then tunggu lah sampai dia masak then angkat. Kalau nak lagi cantik waktu hidang tu, hias dengan daun sup. 

Ayam masak merah versi Yuyu...

Makan pulak dengan papadom, memang mantop! Papadom ni beli yang dah siap bungkuih tu, nak buat sendiri memang tak la kan... Tak belajaq lagi... Hehehe... Sekian...

Papadom rangup !

Thursday, 29 August 2013

Biskut Coklat Kacang & Mee Goreng Ayam.

Assalamualaikum...

Tadi ceq ada buat biskut coklat untuk pertama kalinya, tak pernah lagi buat biskut, tu yang teringin nak buat tu. Dalam banyak-banyak biskut of coz lah ceq suka biskut coklat, ala yang macam biskut chips more tu. Suka sangat bau dia waktu tengah masak tu. Tapi rupa dia tak tao lah nak cakap apa. Tapi bolehlah untuk pertama kali kan. Biskut tu rangup-rangup sebab ada kacang dalam dia.

Biskut coklat rupa tak penting... Hehehe...

Then tadi kan hujan, so jadi lapaq pulak perut ni tu yang pi buat mee goreng ayam tu, buat sebungkus, habih licin satu kuali. Satu qumah ni lapaq, biasalah hujan-hujan ni, layan pulak dengan ayaq teh hangat, memang mantop lah! Hehehe...

Mee goreng versi Yuyu sebab tu banyak ayam... Hehehe

Dah tak lama dah cuti pon dah nak habih dah, hari Ahad depan dah nak balik UMP, sedihnya nak tinggalkan qumah ni, dah tak boleh masak sendiri. Nanti hari-hari makan nasi bungkus... Sekian...

Wednesday, 28 August 2013

Kari Ayam Kampong & Bihun Singapore !

Assalamualaikum...

Tengahari tadi ayah sembelih ayam kampong, qumah kami memang banyak ayam kampong tapi jarang sembelih, selalu jual ja. Tapi tadi dapat gak lah merasa ayam kampong, ceq masak kari dengan goreng ja ayam kampong tu. Ayam kampong goreng dengan cili kering dan kari ayam kampong. Goreng garing-garing baru sedap. Kari ayam pulak isi dengan ubi keledek so dapat rasa manis-manis keledek tu... Selain tu ceq ada jugak buat sotong goreng tepong dan ikan goreng. Macam biasa ikan tu untuk kucing... Hehehe

Kari ayam delicious versi Yuyu... Hehehe

Ayam goreng.

Tadddaaa!

Petang tadi pulak ceq ada buat bihun goreng Singapore. Kenapa erk nama dia macam tu? Oqang Singapore rajin masak bihun macam ni ka? Sedap dan senang ja buat bihun ni, tak leceh sangat macam bihun goreng Malaysia... Hehehe... Lagi sedap makan dengan sambai kicap...

Bihun goreng Singapore dengan sambai kicap...

Alhamdulillah... Abang ceq pon suka makan bihun nih, siap tambah-tambah lagi. Hehehe... Sekian...

New Blogs In Town !

Assalamualaikum...

Tiba-tiba ada dua orang kawan ceq inbox suroh ceq tolong ajaq buatkan blog untuk diorang. Yelah ceq kan selalu update pasai blog kan. Ada lah sikit pengetahuan nak buat-buat blog ni kan. So ceq tolonglah apa yang patut sebab diorang buat blog pon untuk bisnes masing-masing.

Satu blog untuk tempahan menjahit labuci, satu lagi pulak untuk mekap-mekap pengantin. Susah ceq nak ajaq diorang buat blog sebab kalau nak ajaq kena tunjuk depan-depan, so better ceq buatkan blog, design header untuk diorang, diorang just edit untuk tambah apa yang patut.

Blog mekap-mekap.

Blog labuci-labuci... Hehehe...

Blog yang pertama tu blog [Hajar Sherwanie Make Up Artis], kalau nak kawen bolehlah buat tempahan kat diorang ni.  Blog yang kedua tu pulak blog untuk tempahan labuci, blog [Blinkies Sequins n Beads]. Singgah-singgahlah ke blog ni. Jadi followers diorang. Selain tu ceq ada jugak tolong abang ceq design blog dia, blog [Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman], dulu ceq penah dah tulis pasai blog ni, saja ja nak masukkan lagi sekali... Hehehe...

Blog untuk Allahyarham Sudirman.

Ala ceq suka design yang simple-simple ja, ceq suka tengok blog yang kemas tapi sangat comel. Kadang-kadang ceq suka blogwalking just untuk tengok design blog blogger-blogger yang lain. So, kadang-kadang blog hangpa pon ceq terjah sebab nak tengok design, then kalau ada entri yang best ceq baca lah jugak... Hehehe... Sekian...

Tuesday, 27 August 2013

Tutorial Header Blog Transparent Tanpa Menggunakan Adobe Photoshop.

Assalamualaikum...

Since ada yang suruh ceq ajaq macam mana nak buat header blog, so ceq pon rajinkanlah diri ni untuk buat tutorial buat header blog yang transparent tanpa langsung menggunakan Adobe Photoshop... Hehehe macam mana erk? Okay-okay tak mau main-main, ini serius! Okay hangpa pernah tak dengaq pasai Picmonkey? Ni online software yang ceq guna untuk buat header-header blog ni. 

Mudah sangat-sangat guna menatang ni, menatang lah kan sebab nama dia pon monkey... Hehehe... Okay kalau nak cuba buat header sendiri tapi tak berapa pandai guna photoshop terutamanya newbie bolehlah pi website ni [Picmonkey]. 

Klik pada bulatan merah tu ye.

Pilih layout, ada macam-macam jenis layout kat situ, pilih lah yang mana hangpa suka.

So, ceq pilih layout ni untuk blog ceq.

Then hangpa klik background.

Lepaih tu spacing hangpa buat zero then klik transparent background.

Then hangpa klik edit.

Lepaih dah klik edit akan muncul benda ni, so, klik open in editor.

Bolehlah main-main kat sini, klik overlays, ada macam-macam benda kat sini, nak upload gambaq  pon boleh.

Then klik text untuk hangpa masukkan text hangpa or tajuk blog hangpa ka...

Pilih lah yang mana satu jenis tulisan yang hangpa suka. Yang ke-3 tu tempat edit-edit tulisan.

So dengan menggunakan kepakaran hangpa, hangpa main-main lah kat sini.

So, bila dah puas hati, klik save.

Saiz dia sangat besaq tau so hangpa adjust ikut saiz blog hangpa then upload kat blog hangpa... Siap !

Fuhhh alah senang ja, tak payah pening-pening guna photoshop. Sebab ceq pon tak pandai sangat guna photoshop, kalau ceq guna pon just untuk transparentkan background gambaq. 

Owh tak lupa jugak kalau hangpa suka gambaq-gambaq kartun yang comel-comel boleh lah pi kat website ni [Kawai], macam-macam kartun comel ada kat sini... Kalau ada yang tak faham, drop komen tao, nanti ceq balas. Hope tutorial ni berguna... Sekian...

Monday, 26 August 2013

Resepi Potato Wedges.

Assalamualaikum...

Hari ni ceq nak share sikit resepi potato wedges yang ceq reka sendiri dan ada lah rujuk-rujuk sikit di google untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan... Hehehe

Bahan-bahan pon senang ja, antara bahan-bahan yang ceq guna adalah serbuk kari daging/ikan, lada sulah dengan tepong gandum... Garam tak guna sebab serbuk lada sulah tu dah masin... Lah tu ja bahan-bahan dia? Hehehe... Senang kan? Yang penting lepaih siap goreng dia akan rasa rangup di luaq dan gebu di dalam... Nyum nyum nyum...

Potong dah bersihkan... Ceq tak buang kulit sebab nak bagi garing bila digoreng... Barulah rangup...

Then rebus sampai empuk.

Bila dah siap rebus biarkan sejuk kejap.

Then campoq serbuk kari dengan lada sulah... Gaul rata...

Ceq tak guna teloq tao, teruih ja gaul dengan tepong gandum.

Goreng sampai garing.

Alhamdulillah boleh lah dihidang, better makan dengan cheese tapi takdak kan, so, makan dengan sos dan mayonis jelah.

So, apa lagi, try lah kalau yang tak pernah try buat sendiri lagi tu, senang ja bahan-bahan ni. Macam-macam cara dan bahan yang boleh diguna, macam serbuk kari tu boleh ganti dengan serbuk cili kalau nak lagi pedaih... Sekian...

Sunday, 25 August 2013

Moist Chocolate Cakes.

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat buat kek coklat sendiri, untuk pertama kalinya cuba buat, selepas bertungkus-lumus ceq cari bahan-bahan dia semalam... Hehehe... So ni lah hasilnya...




Bolehlah untuk pertama kali kan... Hehehe... Tak larat nak taip banyak-banyak... Sekian...

Saturday, 24 August 2013

Rainbow Blog Header.

Assalamualaikum...

Hari ni ceq tak update pasai makanan sebab petang tadi sibuk dua kali keluaq bandaq sebab format laptop punya pasai, ceq ada dua laptop, dua-dua kena format, kuat sangat berblogging lah tu... Hehehe, satu laptop ja dapat bawak balik, satu lagi banyak sangat problem dia, sebab dah lama pakai kan, so, tinggai dekat kedai, esok-esok baru pi ambik. 

Yang paling sedih tu sebab dia tak back up, habih semua folder hilang. Padahai dah pesan dah suroh back up. Takpa lah, takdak yang penting sangat pon, tapi banyak jugak gambaq-gambaq dalam tu, cerita-cerita korea ceq, semua habih hilang... Sob sob sob...

Okay back to bisnes, ceq sangat suka pelangi pulak sekarang, rasa blog lagi ceria dengan kaler yang pelbagai, so ceq ada buat header pelangi, ceq pon pening nak pilih yang mana satu nak buat header blog ceq nih. Ceq suka kartun-kartun yang comel-comel terutamanya kartun gadis kecil yang bermata besaq. Cute ja tengok, so ceq selitkanlah sekali di samping pelangi ceq tu. Klik gambaq untuk tumbesaran tapi tak boleh copy tau... Hehehe...











Comey dak? Hehehe... ceq memang suka buat benda-benda mengarut macam ni. Kalau tak memasak, ceq suka hadap laptop buat benda-benda gini, bila dah bosan, masuk dapoq then masak la... Hehehe... Sekian...

Thursday, 22 August 2013

Pai Daging.

Assalamualaikum...

Petang semalam ceq buat pai daging pulak, bila dah pandai buat tu asyik nak buat ja... Hehehe... Sebab mak beli daging kan so nak try lah pulak buat pai daging, ok percubaan kedua pon menjadi cuma inti dia lerai sikit, kena masak lama sikit waktu buat inti tu supaya dia betul-betul lembut dan melekat baru sedap. Tapi yang ni pon sedap jugak apa! Hehehe...

Jangan lupa sapu kuning teloq.

Ni dah siap bakaq.

Ni yang ceq cakap inti dia lerai sikit, kalau melekat lagi baru best.

Apa-apa pon sedap jugak... Hehehe...

Actually senang ja nak buat pai ni, lebih kurang macam nak buat karipap ja, cuma adunan tepong dia lain sikit then pai ni bentuk dia macam-macam dan kena bakaq, karipap tu kita goreng ja... Sekian...