Friday, 20 September 2013

Rindu.

Assalamualaikum...

Sob sob sob... Entri sedih sikit kali nih. Lama jugak tak update sebab tak tau nak update apa. Kali ni nak update pasai rindu, rindu my little one, Uteh sayang. Uteh ni my little kitten yang abang ceq bagi. Ada sekoq ibu kucing tumpang beranak kat qumah dia, tu yang dia bagi sekoq anak kucing tu. Mak tak bagi bela dah sebenaqnya sebab kat qumah ceq pun dah banyak kucing tapi semua dah besaq-besaq. 

Ceq bosan lah dok qumah, dah la bongsu. Nasib dapat jugak bela anak kucing. Tapi sayangnya waktu tengah berkasih sayang and bermanja-manja, terpaksa tinggai jugak sebab cuti semester dah habih. Tau tak betapa rindunya ceq kat Uteh, taip entri ni pon sambil mengalir air mata ='(

Rindu yang tak boleh dibendung lagi, rasa macam nak balik tengok Uteh sekarang jugak! Tapi tak dapat balik lagi, nak kena tunggu raya haji nanti baru boleh balik pelok and cium Uteh kuat-kuat.

Uteh is like my own child. Ceq bahasakan diri dengan Uteh pon mak, mungkin naluri ibu tu dah ada kot... Hehehe... Banyak gelagat Uteh yang banyak buat ceq tersenyum riang, kadang-kadang tergelak, gelagat anak kucing kan, mestilah comel.





Hmmm rindu-rindu *sambil kesat air mata... Nanti mak balik ye sayang, tunggu tau... Sekian...

Saturday, 14 September 2013

Officially 3rd Year Student.

Assalamualaikum...

Hehe sekarang dah tak tau nak update apa. Dulu kat qumah boleh lah kalau nak update pasai makanan selalu. Sekarang dah duduk kat hostel dah tak boleh masak... Sob sob sob ='(

Kadang-kadang nak blogwalking pon dah tak sempat... First week pon dah dapat banyak assignments. Mohon diri ini bersabar.

Nak tempek gambaq apa erk? Gambaq sendiri jelah... Hehehe... 


Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk tahun 3. Baru ja rasa lepaih dari minggu orientasi, memori tu pon still segaq lagi di ingatan ceq... Hehehe... Okay dalam banyak-banyak jaket fakulti yang ada kat UMP ni, tak kira lah UMP Gambang or UMP Pekan, ceq paling suka jaket fakulti ceq sebab dia kaler merah, tu ja... Hehehe... Sekian...

Monday, 9 September 2013

Kek Coklat + Nescafe.

Assalamualaikum...

Akhirnya ceq terpaksa tinggalkan dapoq sebab cuti sem dah habih dah. So sekarang pon terpaksa update entri kat UMP. Tapi bukan masak kat sini lah. Kali ni ceq ada buat kek coklat tapi tambah sikit nescafe 3 in 1 sebab nak bagi dia rasa pahit-pahit sikit. Ceq buat then bawak sikit bagi roomate and housemate ceq rasa hasil kerja tangan ceq... Hehehe...

Resepi dia lebih kurang macam resepi kek coklat + milo yang ceq buat hari tu cume tukaq milo tu dengan nescafe ja. Then ceq ada gak buat sos coklat tapi lupa nak snap picture. 





Okay yang pasti kek ni gebuss sangat-sangat, lepas tu ceq tak ambik masa yang lama sangat untuk kukus mungkin sebab dia tau ceq dah nak tinggai dapoq tu dah kot, tu yang dia buat baik dengan ceq... Hehehe... Sekian...

Thursday, 5 September 2013

Kek Coklat + Milo.

Assalamualaikum...

Tadi ceq terlebih rajin pi godek-godek bahan-bahan buat kek kat dapoq. So teringin nak buat kek coklat kukus sebenaqnya. Disebabkan ada milo, tu yang ceq cadang nak campoq sekali milo tu dengan coklat. Alah milo tu pon coklat gak sebenaqnya kan? Bahan-bahan nak buat kek ni simple ja. Ni yang ceq nak ajaq nih. Yang pasti kek ni gebuss macam ceq... *Ehh perasan gebu pulok dah... Hehehe gurau-gurau...

Ok ni bahan-bahan yang diperlukan, catit tau! Jangan malaih-malaih pi ambik pen dengan kertas, nak ingat sendiri pon takpa, mudah ja.

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 cawan Milo + coklat (ceq guna chocolate rice)
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 1 biji telur

Cara-cara:

Pukul telur dengan gula sampai kembang, ceq guna blender ja. Dengan kaedah double boil, masak coklat, milo, susu, mentega dengan air sampai sebati. Ayak tepong gandum bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. 

Campoq teloq yang dah kembang tu sekali dengan adunan coklat tadi then masukkan tepong sikit demi sedikit sampailah betul-betul sebati. Jangan lupa sediakan periuk untuk kukus kek tu. 

Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega sebab takot dia melekat. Then kukus selama 1 jam or sampai masaklah. Ceq kukus 45 minit ja. So, ni lah hasilnya... Hehehe... 

Kalau atas burok, kita terbalikkan... Hehehe

Tadaa! Bila terbalikkan baru lawa... hik hik hik...

Kek ni lagi menarik kalau ada sos coklat yang melimpah ruah tu tapi mak ceq tak berapa berkenan kek macam tu, so, hidang lagu ni jelah... Hangpa try lah! Sekian...

Monday, 2 September 2013

Lunch.

Assalamulaikum...

Hari ni ceq taknak tulis banyak, nak pos gambaq ja menu yang ceq masak tengahari ni, so selamat menjamu mata... Hehehe...

Cendawan goreng tepong yang sangat rangup!

Cendawan goreng kunyit, my feveret.

Terung bakaq, my feveret too.

Daging masak merah.

Ikan mata besaq goreng.

Sambai tempoyak.
Untuk resepi cendawan tu senang ja nak buat dia bagi rangup, basuh bersih-bersih, lap dengan tuala sikit sebab dia serap ayaq, then pukui teloq dua bijik dengan lada sulah berperisa. Then celop cendawan dalam teloq tu then lumoq dalam tepong lepaih tu goreng dalam minyak panaih. Untuk daging masak merah tu sama ja macam ceq buat ayam masak merah ni [sini]. Ok tu ja kot... Hehehe... Sekian...