Monday, 14 October 2013

Chocolate Cakes.

Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari raya Aidiladha! Untuk raya esok, ceq ada buatkan kek coklat kukus khas untuk famili and tetamu khususnya kawan-kawan ceq. Sebab ceq asyik dok post kat facebook ja apa yang ceq masak tiap-tiap hari, so ceq teringin nak bagi depa rasa tapi kena datang raya qumah ceq lah, konon-kononnya exclusive gitu... Hahaha...



Kali ni ceq mampu buat tiga biji kek ja, cukoplah sebab raya haji ja kan, memang kek ni fully coklat and dikukus, oven kat qumah ceq dah rosak... sob sob sob... My sis suka kek yang ceq buat nih, rasa berbaloi buat bila orang suka makan apa yang kita masak kan? Tak sabaq nak hidangkan kat kawan-kawan esok, lama dah tak jumpa diorang tu... Rindu gila! hahaha...

Resepi kek nih ceq pakai buat ja, tak ikut mana-mana resepi, boleh dikatakan jugak maybe ni resepi ceq sendiri kot... Hehehe sebab terus terang ceq tak suka ikut sukatan, ceq suka pakai agak ja, tapi pastikan menjadi lah kek tu... Alhamdulillah kek ni menjadi and moist gitu... Hehehe... Sekian...

Home Sweet Home !

Assalamualaikum...

Lama tak update!!! Hehehe... Excited gila nih sebab ceq dah ada kat qumah. Dah jumpa my cute kitten, Uteh, Uteh dah besaq tapi still comey and lincah. Memang puaih dah pelok cium Uteh... Lepaih jugak rindu kat Uteh. Okay kali nih nak update apa yang ceq dah masak lepaih balik cuti dari UMP sempena cuti raya korban nih. Lepaih jugak rindu nak memasak... Hehehe...

Mi goreng ayam.

Sambai Ikan Keli.

Asam pedas tempoyak ikan keli.

Hari ni ceq tak masak sebab hari ni start dah makan ketupat, mak ada rebus sikit ketupat untuk kiteorang rasa. Kari daging pon dah siap, kali ni kari daging kerbau pulak. Ceq pulak bercadang nak buat kek coklat untuk dihidang untuk tetamu esok... Excitednya ! 

Kalau boleh semalam gak nak buat kek tapi coklat masakan dah habih, so hari ni my brother keluaq town nak beli TV Plasma baru, alang-alang suroh dia belikan coklat masakan sekali... Raya esok tengok TV baru lah nampaknya! Sekian...