Monday, 27 January 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Sempoi.

Assalamualaikum...

Wahhh dah lama ceq tak update blog ni, bersawang sikit dah nampak... Untuk tahun 2014, inilah post ceq yang pertama. Dulu habaq busy, tapi dah balik qumah pun tak reti-reti nak update blog, macam-macam dah ceq masak bila dok ada kat qumah ni. So sekarang ceq nak share sikit lah resepi ayam goreng berempah yang baru ja ceq masak sat sat tadi. Senang ja... So this is it...

10 ketul ayam yang dipotong sederhana besar.
Sebatang serai.
Seketul halia.
2 ulas bawang putih.
Setengah biji bawang besar.
5 tangkai cili kering.
Setengah paket serbuk kari ikan/daging.
1 sudu besar serbuk kunyit.
1 sudu besar gula.
1 1/2 kecil garam/secukup rasa.
Tepung gandum.

Ha... kan dah habaq, sempoi ja... Tak payah nak bubuh jintan manis ka jintan putih bagai... Ceq punya resepi simple ja... Khusus untuk si bujang... cewahhh... Hehehe... Ok cara-cara dia macam ni, hangpa blend serai, bawang putih, bawang besaq dengan cili kering, bubuh ayaq sikit, blend sampai hancoq. Lepaih tu campoq semua bahan-bahan dok ada tu then perap dengan ayam, paling ok perap satu malam, tapi ceq perap 15 minit ja... Sebab baru terpikiaq nak masak waktu tengahari tadi... Dah siap perap semua then lumoq dengan tepung gandum, macam nak goreng ayam crispy tu... Lepaih tu goreng dalam minyak yang betoi-betoi panas, buboh lah sekali daun kari kalau ada... Selamat mencuba... Sekian...

3 comments:

Nasuha Puteri Nass said...

Assalamualaikum. Nampak begitu menyelerakan.

Diari Yuyu said...

Walaikumsalam... trima kasih :)

syuk shusuke said...

boleh jadi chef dah :D